Thursday, August 13, 2009

H1N1


Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1, ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air-borne' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus


Oleh kerana ia adalah viurs yg air-borne, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host(badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Asal virus ini


Sebenarnya telah terdapat outbreak di US sebelum terjadi outbreak di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbreak ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetuslah outbreak di Mexico .

Virologi virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari, ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4.
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yg berisiko tinggi


Siapa yang berisiko:-
1. Orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yg mengandung
3. Orang yg ada asthmatic
4. Orang2 yg bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV etc.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

Day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 = sakit dada yg teruk..jumpa doktor dengan segera.......
Day 5 = and above.....lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan
1. Golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'check-up' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run-test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.